Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usratimembincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyakilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu.Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputanbetul-betul telah menarik perhatian saya.Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentangmenariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yangbanyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerjayang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan?Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapakat sini.Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untukdiamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi seringsahaja terlepas pandang.Doa itu adalah :ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA ....(sebutkan nama penuh anak)Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya,sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, maridi sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anakkita :Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnyasemasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yangterkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan sehariananak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya).Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh inginmengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yangdiucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang sayasempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambahya):1- ASSALAM : SEJAHTERA.Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kitapada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya padawaktu itu.2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kitadalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yangsangat-sangat kita harapkan?3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAHKita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiapamalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya,kita mahukan keberkatan untuknya.Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapabermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat sianak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahajalah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atauayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh jugadiamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah,atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untukanak.Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukandengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepadamereka, ketika kita mengucapkan.Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dansentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberisalam juga insyaallah =)Dan saya teringat pula petikan hadis yang saya baru baca pagi tadi diblog ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:"Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datangmendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum."Nabi Muhammad saw berkata, "Dia mendapat 10 pahala." Kemudian datangpula seorang lain yang berkata. "Assalamualaikum wa rahmatullah." NabiMuhammad saw berkata, "Dia mendapat 20 pahala." Kemudian datang lagiseorang yang lain berkata; "Assalamualaikum wa rahmatullah wabarakatuh." Nabi Muhammad saw berkata, "Dia mendapat 30 pahala."-Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi. Kredit blog Tim Hadith Psikologi Nabi