Firman Allah

Friday, February 27, 2009

Asal Usul api Di dunia

Salam ukhwah,


Saya banyak menerima emel dari rakan-rakan berkaitan ilmu-ilmu agama yang kadang kala belum pernah saya ketahui dan dengar sebelum ini. Saya amat berterima kasih kepada mereka semua. Untuk itu, saya ingin menyebarkan ilmu tersebut ke dalam blog saya yang tidak sepertinya ini. Semuga ianya amat berguna kepada kita semua.


Untuk renungan kita bersama..


Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.


Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril : sebesar kurma…


Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.


Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…


Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70


Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.


Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg seringkita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.


PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itu pun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.


Na'uzubillahhiminzalik

0 ulasan:

Post a Comment