Firman Allah

Wednesday, February 25, 2009

Memperindahkan Diri

Salam Ukhwah..


Memperindahkan Diri
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah
minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan sesekali
dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu
ambillah sejadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’.
Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.


Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak
hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan
‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii
Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN


Untuk memiliki bibir yang cantik , bisikkan kalimah-kalimah Allah,
tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak
menyombongkan diri atau takabur.


Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan
berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih
bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.


Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang
dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu… …
1 -Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita
dari dunia dan akhirat.
2 -Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan
tempat kita di dalam kubur.
3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.
4 -Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam
kubur.
5 -Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 -I’tidal :Akan memberi minuman air dari telaga
al-kautsar ketika didalam kubur.
7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.
8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi
kita didalam kubur
9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika
kita dipadang Mahsyar.
10 -Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11 -Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.
12 -Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 -Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda
:
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang
Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu
seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam..
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat… ”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa’at kepada manusia lain…

0 ulasan:

Post a Comment