Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini …
Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah …
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.
Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah.
Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.
Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa berkahwin di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah bermaksud : “Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah Taala bermaksud : “Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(surah an-Nur :32)
Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
skip to main |
skip to sidebar
Ingin berkongsi bicara tentang sebarang kisah dan tauladan disamping dapat bertukar-tukar kisah dan pengalaman hidup. Pembaca blog ini dialu-alukan memberikan sebarang pandangan dan berkongsi kisah pengalaman hidup mereka. Sebarang pandangan dan perkongsian dari pembaca sangat-sangat dihargai. Semuga kita sama-sama dapat belajar dari Al-Kuliyyah ini. Amin..
Firman Allah
Friday, March 13, 2009
Anda adalah pelawat yang ke:
Masa Itu Emas
Tarikh Hari Ini
Asma'ul Husna
IQRA' - BACALAH...
Waktu Solat
Labels
- Pesanan (12)
- Kisah dan tauladan (7)
- Informasi (6)
- BERAMAL DAN BERTAQWA (5)
- Renungan (3)
- Al-Quran (2)
- Kesihatan (2)
- Adab (1)
- Amal Jariah (1)
- Feqah (1)
- Ibadat (1)
- Persoalan (1)
Blog Archive
-
▼
2009
(42)
-
▼
March
(20)
- Bagaimana Wudu' Zahir & Batin
- 7 Ayat Cinta
- SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ....
- Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..
- Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.
- Pig Skin Phone Cover
- Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Ummu Sopiah
- Awas! Pinggan Mangkuk Yang Diperbuat Dari Tulang Babi
- Ucapan Selamat Hari Natal
- BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS & ...
- Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
- Zina Akan Berterusan Walaupun Telah diijabkabulkan
- Khasiat Misai Kucing
- Berkahwin Murahkan Rezeki
- Mandi Wajib Yang Betul
- Adab Minum
- OREO
- AYAM HARAM
- Ucapan Laillahaillallah
- Amalan Doa Untuk Menyembuhkan Kanser
-
▼
March
(20)
Blog Pilihan
-
-
Ring Ring Ringgit9 years ago
-
Hello Blog. Babai Facebook!10 years ago
-
Salam Ma'al Hijrah11 years ago
-
Novel Terakhir...12 years ago
-
Makkah Clock Tower14 years ago
-
Ruang Berita & Maklumat
UBAT HATI
Online User
Info Pelawat
Followers
Powered by Blogger.
0 ulasan:
Post a Comment