Firman Allah

Wednesday, March 18, 2009

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُه




Sahabat2 semua, bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:


"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana
beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat
kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh
akal fikiran.


Dia adalah seorang Doktor Neurologi .


Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Qur'an" .


Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya
berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-
kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam
(black seed) dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan
kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.


Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati
bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia
melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan
Sembahyang!! !


Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang
tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat
tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh
Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!


Apabila tidak menunaikan sembahyang , otaknya tidak akan dapat menerima
darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!


Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk
menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya
memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."


PETUA IMAM SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan


1. makan daging


2. memakai haruman


3. kerap mandi


4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)


2. selalu cemas


3. banyak minum air ketika makan


4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata


1. duduk mengadap kiblat


2. bercelak sebelum tidur


3. memandang yang hijau


4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata


1. memandang najis


2. melihat orang dibunuh


3. melihat kemaluan


4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran


1. tidak banyak berbual kosong


2. rajin bersugi (gosok gigi)


3. bercakap dengan orang soleh


4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI


Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan


bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH


Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat


malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA


Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak


dimakan.


4. TIDUR SYAITAN


Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara


Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua.


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang


mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Wallahu'alam.

0 ulasan:

Post a Comment