Firman Allah

Monday, October 29, 2012

MARI BERWIRID DAN BERZIKIR


Assalamualaikum...saudaraku yang dikasihi.... Alhamdulillah di atas kesempatan waktu ini saya ingin berkongsi ilmu dengan saudaraku semua tentang perkara yang mudah dilakukan...tetapi jarang di kalangan kita yang mengaku umat Islam mengamalkannya pada setiap masa dan tempat. BERWIRID dan BERZIKIR  dua perkara yang cukup mudah dilakukan...tetapi berapa ramai di kalangan kita melakukannya?

Saudaraku..ketahuilah ramai di kalangan kita banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong di kedai kopi, berbual kosong di pejabat sewaktu rehat dan melamun ketika memandu...Mulai sekarang, marilah kita sama-sama  mengubah pradigma kita supaya menjadikan lidah kita sentiasa BERWIRID dan BERZIKIR memuji Allah s.w.t yang menciptakan kita ini.



Ketahuilah saudaraku bahawa BERWIRID dan BERZIKIR ini dapat memelihara jiwa dan hati kita...dan seterusnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah azzawajalla..Habiskanlah waktu kita pada waktu sebelah pagi atau sebelum tidur untuk BERWIRID dan BERZIKIR....sesungguhnya ia akan memberi kita sejuta kedamaian dan ketenangan...

Ketahuilah saudaraku...terdapat banyak cara untuk BERWIRID...di sini sayaingin berkongsi amalan WIRID untuk kita amalkan bersama sepanjang seharian kita menempuh hidup di dunia yang fana ini...




WIRID PERTAMA: Membaca ayat Kursi...Ayat ini mempunyai peranan yang menakjubkan bagi hamba yang budiman. Menurut Ibnu Qayyum, beliau mengatakan:
 "Saya sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memanjangkan usiaku, sehingga saya dapat menulis beberapa jilid tafsir dan mengekalkan rahsia-rahsia perbendaharaan ayat ini".

WIRID KEDUA: Dengan membaca beberapa ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah (Ayat 284 hingga 286)





WIRID KETIGA: Bacalah Surah Al-Iklas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.

WIRID KEEMPATBacalah"Subhanallah, walhamdulillah, walailllah, haillallah, allah huakbar, walahaulawala  kuwataillah billah hilaliyil azim:" yang bermaksud"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah yang tidak ada sekutuNya, milikNya kerajaan dan milikNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu."..Bacalah WIRID ini sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan petang. Insyaallah mereka yang mengamalkan WIRID ini berhak memperoleh EMPAT keistimewaan dari Allah s.w.t iaitu:
1. Janji yang tidak akan dikurangkan
2. Janji yang tidak akan diabaikan
3. Janji yang tidak akan ditolak
4. Janji yang tidak akan dilupakan




Ketahuilah saudaraku...jika kita membaca WIRID ini...kita juga akan mendapat 100 kebaikan dan diampun 100 kejahatan.
WIRID KELIMAMembaca, memahami dan menghayati Al-Quran. Ketahuilah saudaraku...kenapa dunia sekarang ini diancam oleh kelakuan dan sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sering kali kita mendengar setiap hari kes bunuh, rogol, merompak, meragut ...dan lebih kejam lagi.. sebelum ini kita dikejutkan dengan berita seorang anak sanggup membunuh ayah, datuk, nenek serta adik perempuannya sendiri..semua ini kerana manusia sudah menjauhi dengan kita suci AL-Quran...Al-Quran hanya menjadi penghias dinding-dinding rumah, Al-Quran hanya diletakkan di dalam Almari cermin dan setengahnya Al-Quran di letakkan di hadapan atau belakang kereta....kononnya supaya dapat menghindar gangguan syaitan dan hantu...Ketahuilah saudaraku...bagaimana manusia boleh hidup tenteram tanpa bimbingan dan panduan dari Al-Quran. Kadangkala kita berasa sedih bila ada "MENTERI" sanggup mengatakan "Apa Al-Quran boleh buat jalan raya ke?. Bila Allah runtuhkan lebuh raya di Ipoh barulah mulut-mulut mereka ini senyap, terkedu dan tidak berkata apa-apa....Apabila wakil media bertanya pada MENTERI ini ....barulah mereka ini mengatakan "ITU TUHAN  ALLAH punya kerjala...



WIRID KEENAMMelakukan Qiyamullail..Ketahuilah saudaraku...barang siapa melakukan Qiyamullail atau bangun tengah malam dan beribadat kepada Allah...rasa bahagia akan muncul daripada jiwa yang tenang dan lapang tatkala dapat melaksanakan sembahyang dua rakat pada akhir malam (Tahajud). Bagi mereka ini Allah akan sediakan tempat di Arasy Allah, tempat singgah sana Allah s.w.t. Begitu Allah memuliakan kepada manusia yang bertahujud bangun sembahayang malam ketika manusia lain sedang nyenyak tidur dibuai mimpi...

WIRID KETUJUH: Perbanyakkan ibadah sunat, agar kita memdapat lebih keberkatan daripada Allah s.w.t.

WIRID KELAPAN: Bacalah Al-Fatihah 7 X , Al- Ikhlas 7X , Al-Falaq 7X dan An- Nas 7X selepas solat Fardu Jumaat. Insyaallah barang siapa membacanya akan Allah jauhkannya dari mara bahaya hingga ke hari Jumaat akan datang. 


Oleh itu saudaraku...marilah kita penuhi perjalanan hidup kita seharian di muka bumi yang penuh dengan nikmat Allah yang tidak terhitung banyak dengan membalasnya dengan "BERWIRID dan "BERZIKIR" pada setiap masa dan tempat....amin yarabbalalamin!!!!!!!!!!!!!!!


0 ulasan:

Post a Comment